My Followers

Showing posts with label Hidup Han is Ceria. Show all posts
Showing posts with label Hidup Han is Ceria. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Dia yg ku sayang..

Dia yg ku sayang..
seseorang yg begitu mulus kecil yg suka bermanja dan lembut..


Dia yg ku sayang..
seseorang yg begitu manis tiap kali senyuman terukir di raut wajah comelnya..


Dia yg ku sayang..
seseorang yg begitu mesra tiap kali bertemu dengan orang di sekelilingnya..


Dia yg ku sayang..
seseorang yg begitu sedap namanya wan ridhuani alya..


Dia yg ku sayang..
moga akan menjadi anak yg baik dan berjaya setelah kamu meniti hari dewasa kamu kelak..

InsyaAllah..







Thank you & happy reading :)



Tuesday, October 11, 2011

Ku syukuri apa yg aku miliki ♥


Iye.. saya syukuri ape yg sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya mempunyai tempat tinggal yg selesa. Walaupun tidak semewah orang kaya yg lain tetapi bersederhana ini lebih baik dan sy sgt bahagia. Saya tidak berada dalam kehidupan yg susah yg tinggal di rumah hanya beratapkan zink untuk dilindungi daripada hujan dan panas. Makan yg perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sy tidak perlu menangis setiap hari seperti orang2 lain yg kurang bernasib baik. Sy tidak pernah melalui semua itu dan sy amat2 bersyukur. Sy sgt berterima kasih diberi rezeki kehidupan yg baik sebegini.


Iye..saya syukuri ape yg sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya mempunyai orang orang terdekat yg membantu sy memberi ilmu dan pengalaman. Cikgu cikgu yg baik hati, pensyarah yg bersedia memberi pandangan, dan orang orang terdekat yg sentiasa memberi nasihat dan sentiasa mengingatkan yg mane benar dan mana salah. Sy sgt berterima kasih kerena kata kata mereka yg membina.


Iye.. saya syukuri ape yang sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya punya ibu dan bapa yg teramat menyayangi saya. Mereka tidak pernah jemu dalam melayani kareneh saya. Karenah manja terutama sewaktu sy kecil. Mereka membesarkan sy penuh kasih sayang dan perhatian. Dan paling sy suka adalah ibu bapa sy tidak pernah memaksa sy untuk belajar ke tahap apa. Mereka tidak memberi dorongan direct seperti ibu bapa org lain. Yang penting mereka mengajar sy untuk sy sendiri perlu tahu apa tanggungjawab sy sebagai seorang anak.


Iye.. saya syukuri ape yang sy miliki..
Dalam kehidupan ini. saya punya adik beradik yg sangat mengambil berat dan penyayang. Abang abang yg sentiasa bersama saya, menjaga saya dari kecil sehingga dewasa kini. Mereka sebolehnya memberikan apa yg sy inginkan. Mereka adalah abang abang yg baik, penyayang, tegas kepada sy. Mereka adalah kakak kepada sy. Mereka adalah abah dan mak kepada sy. Yang penting mereka telah mengajar sy untuk tahu menghargai orang lain terutama yg membantu kita sewaktu susah.


Iye.. saya syukuri ape yang sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya mempunyai teman teman rapat yg sentiasa bersama sy even susah dan senang. Walaupun masing2 kini jauh dipandangan mata. Tapi mereka dekat di hati. Dalam hidup ini tidak sempurna hidup jika tidak memiliki teman baik yg sentiasa disisi kita. Tanpa mereka memberi sokongan moral kpd sy, semestinya kita akan merasakan dunia ini tidak adil dikala berada dalam kesusahan. Tetapi, dgn adanya kawan sejati mereka lah tempat kini mengadu, mereka lah tempat kita bermanja, mereka lah tempat kita berlindung. The more the merier ! Sy amat menyayangi mereka.


Iye..saya syukuri ape yg sy miliki..
Dalam kehidupan ini. Mempunyai seseorang yg sentiasa memahami diri ini dan menerima sy seadanya. Seseorang ini yg bertakhta dihati ini. Menjadi pelindung sy ketika sy lemah, menjadi sahabat sy ketika sy sepi, menjadi pendengar sy ketika sy meluah, menjadi pencinta sy kerena sikapnya yg penyayang. Dan sy beryukur diketemu seseorang seperti dia. The more boys, I meet the more I realize that it's only him and I want to be him. Moga Allah jadikan dia suamiku dan imam dalam hidupku.


Iye..saya syukuri ape yg sy miliki..
Entry ini datang semuanya dari hati yg tulus menaip bait bait ayat yg mensyukuri akan nikmat Allah s.w.t yg menganugerah ini kepadaku. Sesungguhnya perkara atas adalah pembakar semangat sy terutamanya sewaktu berada di zaman pembelajaran. Dan juga menjadi orang yg lebih baik. Dan ini adalah kesempatan untuk sy membuktikan bahawa saya mampu menjadi yang terbaik. Dan masih jadi yang terbaik..


Hati kecil,
Han Alfi





Terima kasih membaca entry sy kali ini :)



Tuesday, August 23, 2011

Persiapan hari raya, biskut raya


Menjelang beberapa hari lagi tuk menyambut bulan syawal. Mestilah da ada beberapa persiapan untuk menyambut hari lebaran yang kian mendekat setahun sekali. Dalam banyak persiapan tiap tahun paling sibuk sy bersama keluarga menyiapkan biskut raya. Beli ada jugak tapi biskut buatan sendiri lagi best. Sambil buat biskut raya sambil dengar lagu raya baru ada suasana nak sambut raya. :)


Biskut yg dibuat ni simple saja. Tidak serumit biskut yg famous2. Kat sini sudah siap 3 jenis biskut raya. Tapi keluarga sudah siap 6 jenis kuih raya. 3 daripadanya kuih kuih goreng. Gambar dibawah ini kuih raya biskut bunga cina. Biskut bunga cina ni memang favorite sy. Kalau raya mesti cari kuih biskut bunga cina ni. Yang paling sy suka mak pandai buat dan sy pun amik la ilmu yg ada. Kalau teringin sangat nak makan boleh buat sendiri :)




Antara bahan-bahan yg digunakan. Tp sy xamik gmbar sgt masa pembikinan kuih raya disebabkan tangan sy penuh dengan tepung dan adunan tepung :)








Seterusnya biskut raya potong benang. Yang ade warna coklat ni. Dan yg ada warna warni tu biskut tepung beras. Sekarang ini ada lagi beberapa jenis biskut raya yang on the way pembikinan. hehe. nanti InsyaAllah akan diupload gambar nya untuk sharing bersama.








Anda pula bagaimana persiapan biskut raya? Beli atau buat sendiri. Ada jugak beberapa biskut raya yg dibeli dan ini beberapa biskut raya yg dibuat sendiri.Even tengah busy nak siapkan persiapan untuk hari raya ni berharap kita semua jugak dapat mengejar malam lailatul qadar. Amin.

Thank you reading & happy reading :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...