My Followers

Thursday, April 19, 2012

# Wordless thursday #





Thank you & happy reading


Monday, April 16, 2012

Tentang Seseorang..



Wahai orang yang lembut hatinya..
Sudah lama aku selalu mengecap pahit..
Kelam oleh penderitaan..

Aku tiada punya siapa pun kecuali ALLAH dihatiku..
Tapi kau datang dengan cahaya..
Aku ingin menjadi yang HALAL bagimu..
Yang kan kau kucup keningnya..
Kau hapus air matanya..


Dari orang yang selalu merindukan cahayamu...
(Norul, Ayat -ayat Cinta)






Diatas ini ku ambil dari filem Ayat-ayat Cinta..
Bait-bait perkataan yang benar2 membuatkan ku sangat jatuh cinta..
KERANA..
Kata kata diatas ini seerti dengan kata kata hatiku ini..
Sesungguhnya..
Allah sahaja mengetahui perihal hati seseorang itu..
Dan Allah..
Ku mohon lembutkan hati jodohku..
Untuk masuk kan ku ke dalam hatinya..

- Hann



Thank you & happy reading




Thursday, April 12, 2012

Cuci Kaki bersama DR.FISH;)


Assalamualaikum w.b.t


Lama sungguh xupdate tentang myself sejak akhir akhir bila kesibukan diri melanda. Macam macm perkara berlaku dan harus tempuhi. Dalam pelbagai dugaan tu sempat jugak pergi jejalan la sudah pasti..


Ini waktu sy stay kat KL, masa tu cuti so pergi jejalan area Pasar Seni, KLCC, Masjid Jamek naik LRT. senang, cepat , murah dan selesa( bila time tak ramai orang) tp sentiasa ramai je. So, pergi turun kat Pasar Seni pergi makan kedai kami selalu kunjungi. Pusing pusing sampai letih kaki terserempak kat satu kedai ni. Lama da teringin nak try. So hari tu pergi try punya la excited terus bayar dan cuba!





Tapi bila da duduk, xberani plak nak masuk kaki. Camane ni? so beranikan diri masuk bahagian tumit dia. FIRST TIME, punya la GELI!! menjerit la jugak. then, beranikan diri membiasakan gigitan gigitan manja anak anak ikan kecil ini.. Lama- lama masuk semua kaki. Semua ikan pergi kat kaki saya. (kotor sangat ke kaki ni ke manis sangat ^_^"v) Tengok penuh kaki dengan ikan tu.



Seronok sgt. tp rasa kejap sbb da abes masa sebb awal2 tu lama sgt nk amik masa masuk semua kaki. Tapi tetap puas hati dapat jugak merasa camne. p/s: sy tahu yg psl ade ckp bwk penyakit? sy pun xsure. cube la sape xcube lg :)



Thank you & Happy reading :)




Thursday, April 5, 2012

Cinta Kerana Allah


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)



Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.


Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin




Saya mengambil info ini di laman web dibawah.. info yang sangat berguna :) Untuk renungan sendiri dan kita bersama. kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-kerana-allah/#ixzz1rIDfZN1K



Thank you & Happy reading :)
Salam Jumaat semua



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...