My Followers

Monday, October 17, 2011

Hadiah besday special dr org yg special :)



Baru baru ni masa amik jubah konvo. Sy & my bestfriends pakat nk jumpe sesame. Lama tuh xjumpe, mesti la nk g jejalan. So of course la my mr Al pun join sekali.. gumbira ye dlm ati, seronok sgt2 dapat jumpe kawan baik yg dirindui dan si dia. 6 bulan xjumpe lepas habis belajar aritu.


Masa jumpe ni la, My Mr Al kasi hadiah suprised. Yg sy tersipu malu nak tima. kuikuikui.. My mr al, kasi hadiah ni sebagai hadiah bufday sy 27 september last month. Bagi sy, asalkan My Mr Al ni wish dan ingat bufday sy,sy hargai sgt2.. xsangka plak rupanya ye dia nk kasi hadiah bufday yg da lepas ni bila jumpe.





Mula mula tgk kotak ni comey sgt, da suka da sebab pink.hehe, then sy agak cincin je. Tapi bukak rupanya ada gelang sekali.. Terkejut & xsangka sebab design yg mmg sy suka, sy suka cincin 1 je permata xsuka yg besar2 biar kecik je dan suka gelang haluss je. Xsangka My Mr Al kasi design mmg yg sy suka sangat dan nak. thank you so much! I really appreciate this. sgt cantik :)








Thank you reading & happy reading :)



Tuesday, October 11, 2011

Ku syukuri apa yg aku miliki ♥


Iye.. saya syukuri ape yg sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya mempunyai tempat tinggal yg selesa. Walaupun tidak semewah orang kaya yg lain tetapi bersederhana ini lebih baik dan sy sgt bahagia. Saya tidak berada dalam kehidupan yg susah yg tinggal di rumah hanya beratapkan zink untuk dilindungi daripada hujan dan panas. Makan yg perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sy tidak perlu menangis setiap hari seperti orang2 lain yg kurang bernasib baik. Sy tidak pernah melalui semua itu dan sy amat2 bersyukur. Sy sgt berterima kasih diberi rezeki kehidupan yg baik sebegini.


Iye..saya syukuri ape yg sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya mempunyai orang orang terdekat yg membantu sy memberi ilmu dan pengalaman. Cikgu cikgu yg baik hati, pensyarah yg bersedia memberi pandangan, dan orang orang terdekat yg sentiasa memberi nasihat dan sentiasa mengingatkan yg mane benar dan mana salah. Sy sgt berterima kasih kerena kata kata mereka yg membina.


Iye.. saya syukuri ape yang sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya punya ibu dan bapa yg teramat menyayangi saya. Mereka tidak pernah jemu dalam melayani kareneh saya. Karenah manja terutama sewaktu sy kecil. Mereka membesarkan sy penuh kasih sayang dan perhatian. Dan paling sy suka adalah ibu bapa sy tidak pernah memaksa sy untuk belajar ke tahap apa. Mereka tidak memberi dorongan direct seperti ibu bapa org lain. Yang penting mereka mengajar sy untuk sy sendiri perlu tahu apa tanggungjawab sy sebagai seorang anak.


Iye.. saya syukuri ape yang sy miliki..
Dalam kehidupan ini. saya punya adik beradik yg sangat mengambil berat dan penyayang. Abang abang yg sentiasa bersama saya, menjaga saya dari kecil sehingga dewasa kini. Mereka sebolehnya memberikan apa yg sy inginkan. Mereka adalah abang abang yg baik, penyayang, tegas kepada sy. Mereka adalah kakak kepada sy. Mereka adalah abah dan mak kepada sy. Yang penting mereka telah mengajar sy untuk tahu menghargai orang lain terutama yg membantu kita sewaktu susah.


Iye.. saya syukuri ape yang sy miliki..
Dalam kehidupan ini, saya mempunyai teman teman rapat yg sentiasa bersama sy even susah dan senang. Walaupun masing2 kini jauh dipandangan mata. Tapi mereka dekat di hati. Dalam hidup ini tidak sempurna hidup jika tidak memiliki teman baik yg sentiasa disisi kita. Tanpa mereka memberi sokongan moral kpd sy, semestinya kita akan merasakan dunia ini tidak adil dikala berada dalam kesusahan. Tetapi, dgn adanya kawan sejati mereka lah tempat kini mengadu, mereka lah tempat kita bermanja, mereka lah tempat kita berlindung. The more the merier ! Sy amat menyayangi mereka.


Iye..saya syukuri ape yg sy miliki..
Dalam kehidupan ini. Mempunyai seseorang yg sentiasa memahami diri ini dan menerima sy seadanya. Seseorang ini yg bertakhta dihati ini. Menjadi pelindung sy ketika sy lemah, menjadi sahabat sy ketika sy sepi, menjadi pendengar sy ketika sy meluah, menjadi pencinta sy kerena sikapnya yg penyayang. Dan sy beryukur diketemu seseorang seperti dia. The more boys, I meet the more I realize that it's only him and I want to be him. Moga Allah jadikan dia suamiku dan imam dalam hidupku.


Iye..saya syukuri ape yg sy miliki..
Entry ini datang semuanya dari hati yg tulus menaip bait bait ayat yg mensyukuri akan nikmat Allah s.w.t yg menganugerah ini kepadaku. Sesungguhnya perkara atas adalah pembakar semangat sy terutamanya sewaktu berada di zaman pembelajaran. Dan juga menjadi orang yg lebih baik. Dan ini adalah kesempatan untuk sy membuktikan bahawa saya mampu menjadi yang terbaik. Dan masih jadi yang terbaik..


Hati kecil,
Han Alfi





Terima kasih membaca entry sy kali ini :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...