Semulajadinya..
Tiap manusia pasti mempunyai keperitan dan kesusahan untuk menjalani hidup di dunia yang sementara ini. Dugaan yang diturunkan oleh Allah untuk menguji keimanan makhlukNya. Menguji kesabaran kekuatan seseorang itu, tapi yang pasti ujian diberikan adalah tidak lebih dari batas kemampuan seseorang itu.
Semulajadinya..
Tiap manusia yg hidup ini akan terus berjuang tanpa henti. Berjuang setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun dan sepanjang umur dan nafas yang masih ada. Tapi perjuangan yang mungkin berbeza setiap hari, perjuangan yang pasti tidak sama dengan manusia lain kerna setiap orang mempunyai perjuangannya yang tersendiri.
Semulajadinya..
Tiap manusia pasti juga akan mendapat kebahagian, kegembiraan dan kemenangan yang Allah anugerahkan. Bersyukurlah, dengan kesempatan hati yang ceria diberikan. Tapi kegembiraan yang dikecapi tidak semua yang mendapatnya dengan hanya memetik jari atau datang dengan sendirinya. Ada antara manusia perlu benar benar mencari, mendaki dan barulah boleh tersenyum puas dengan hasilnya.
Semulajadinya..
Tiap manusia pasti akan jatuh cinta. Kasih sayang antara ibu dan ayah, saudara, rakan-rakan dan paling universe jatuh cinta antara lelaki dan wanita. Perasaan yang wujud dengan ikhlas, tersendiri datangnya, kejujuran, ketulusan dari hati kecil berkata untuk menjadikan seseorang itu lebih dari kebiasaannya. Hati tidak tahu dimana terjadinya tetapi yg pasti semua itu berlaku kerana jodoh pertemuan itu sudah ditetapkan oleh Allah. Yang pasti kita usaha berdoa dan usaha mendapatkan yg terbaik untuk diri kita. Dan InsyaAllah, Allah makbulkan doa - doa hambaNya yang mengadu dan berdoa kepada-Nya..
Hati kecil,
Han Alfi
Thank you & Happy reading
11 comments:
Afiq: terima kasih.. Will follow ur blog back :)
nice entry ni. suke suke (:
shiema : mekasih dear, ayat2 kuar dari hati dan menaip di blog :)
Akhirjadinya...
Tiap manusia akan kembali padaNya, dengan memiliki dua pilihan antara SYURGA atau NERAKA.
Salam kenal yah cik :)
Subhanallah, kata-kata kamu sangat indah.
good entry :)
Ichsan : Salam kenal jugak. Terima kasih, biasa saje :)
Saiazuan : Thanks ya :)
Allah datangkan ujian itu disebabkan Dia sayangkan kita, kerana manusia akan igt DIA bila ada masalah, mencari DIA bila berhadapan dengan segala kemungkinan, Itu sebab DIA turunkan ujian sebab DIA rindukan kita.
semulajadinyaa kita akan sedih kan :)
Lang : Ye. Betul tu. Yang pasti kita sentiasa bersabar dan percaya kpd-Nya..
ieqah : hehe, terasa sebak camtuh ;)
Post a Comment