My Followers

Tuesday, November 22, 2011

11/11/11 Tarikh keramat


11 november 2011 merupakan tarikh keramat bagi abg sy yg melangsungkan hari pernikahan beliau pada malam hari tersebut. Dup dap dup dap berdebar disaat sesi akad nikah dijalankan. Syukur alhamdulillah selesai sudah dan abg nan secara rasmi sudah pun menjadi suami kepada kak nor.

Yay, dapat akak baru! ;) Seronok!

1 minggu sebelum kenduri kat rumah mmg sibuk sgt2. Bangun awal pagi tido tengah pagi sebab buat kerja xhenti2. Balik je kenduri rumah perempuan, start hari ahad tu bermula la episod buat kuih muih, sediakan cenderahati untuk tetamu, kemas rumah, segala macam persediaan. Pada malam jumaat tu pula ada majlis tahlil dan keesokkannya bacaan yassin. Dan seterusnya kenduri menyambut menantu. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan urusan. Walaupun penat sangat tapi happy dan gembira sudah semestinya berbaloi dengan keletihan yg dirasa.

Alhamdulillah, si dia pun dapat hadir pada hari kenduri tersebut. :)













Mase hari persandingan pula keesokkannya di rumah pengantin perempuan bertemakan merah putih. Dan seminggu lepas tu di rumah pengantin lelaki bertemakan ungu. Tahniah buat abg tersayang yg telah pun mendirikan rumahtangga. Harap akan bahagia sehingga akhir hayat. Cepat cepat timang anak xsabar nak ade anak sedara :)


Thank you and happy reading :)


Monday, November 14, 2011

Cameron Highlands ku datang lagi

Buat kali ini, cameron ku datang lagi bersama teman baik ku dari sekolah lagi. Masa ni time raya haji memandangkan semua ada balik. Tapi ade jugak member baik yg lain xdapat join disebabkan ada hal masing2. Nak wat camne, bila da dewasa masa xmcam mase sekolah, pg g sekolah tiap ari jumpe kawan2 yg sama je. Haha. Sekarang da lain, nak jumpe pun bila ada cuti je la.

So, kitorang pun plan pergi cameron highlands. Memandangkan xla jauh pun dari tempat kg halaman ni. Sambil g jejalan beli barang2, tgk permandangan, makan makan dan pastinya berborak dan bergembira bersama. Memang best sgt pergi sebb da lama xjumpe ngan kawan2 & hang out together gether ni. :)

Dibawah ini beberapa pic yg dipaparkan. hehe. Mase pergi ni hampir 2oo ratus jugak tgkp gmbar. Bnyak sgt. ni je mampu upload skit. :)











Have a great day guys! ;)

Thank you & happy reading :)



Thursday, November 10, 2011

My Big Day ~ Degree Graduation :D


Sekarang baru ada kesempatan untuk mengupdate tentang my big day! Konvokesyen pembelajaran saya selama 3tahun. Dan kini dengan rasminya saya sudah pun menjadi ALUMNI UiTM. Sedih dan gembira bercampur baur sudah habis zaman belajar di Universiti. Banyak sangat kenangan manis pahit bersama dikumpul dan sentiasa dalam ingatan.


Saya nak ucapkan TERIMA KASIH pada keluarga yang datang jauh terutama mak abah yang tngok live anak dia amik ijazah di atas pentas . Mcm mane abah mak, hn okay tak? hehe..


Terima kasih juga buat My Mr Al , yg sudi datang dan juga hadiah yg diberikan. Cantik suka :) Terima kasih juga pada yg lain-lain mengucapkan tahniah dan juga memberi cenderahati yang comey2. Semuanya di simpan baik :)


Tidak lupa juga TERIMA KASIH kepada yg mengucapkan congrats! dan tahniah!. Saya sangat2 menghargainya. Harap kalian semua akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbal alamin.


By The way, this is my Degree Officially Graduated pictures at Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam on 25 Oktober 2011. Graduate dalam kelas pertama. akhirnya. Alhamdulillah





Di bawah ini gmbar topi terbang yg dilambung oleh kami 3 setiakawan. Ini bersama kawan baik saya dari sem 1 hingga la sem terakhir sem 6. Dan akhirnya kami berjaya melambung mortar board kami bersama sama pada hari konvokesyen kami 25 oktober 2011 !!! Alhamdulillah. Congrats untuk kamu berdua. Ak sayang ampa sangat2. Fira dan Quiah. Best friend everlasting!





p/s : berterabur je upload gambar. So, kat ats tu gmbar bersama keluarga,kawan2, si dia. Sy upload beberapa sahaja di blog ini. More pictures on my facebook ;)


Thank you and happy reading :)


Thursday, November 3, 2011

My cousin kak ya engagement ceremony


Assalamualaikum readers...

Lama sungguh saya meninggalkan blog ini. Rindu nk mengupdate dan kini saya kembali :) Baru baru ni my kazen, sepupu belah mak syukur sudah pun melangsungkan pertunangannya. Gembira sangat sebab kak ya ni da bertunang dan merupakan anak mak long yg pertama bertunang. Mmg meriah la pertunangan kak ya comey molek ni.


Majlis pertunangan ni diadakan 23 oktober 2011. Kami pergi 22 petang dan tidur kat rumah mak long ni. 23 oktober petang tu lepas majlis selesai terus balik rumah sebab esoknya pergi ke KL untuk menghadirkan diri ke konvokesyen My Mr Al. Naseb baik dia konvo petang tu so sempat la bertolak pg tu ke KL dlm kul8 lebih. 25 oktober tu plak my konvokesyen ;)

Wait my another entry about MY BIG DAY, degree convocation :D

Enjoy this few pictures on Kak Ya engagement ceremony (21 oktober 2011)















Kepada kak ya, tahniah dan hn harap cepat2 nikah pulak pasni. Moga pertunangan berkekalan dan menikah hidup sehingga ke akhir hayat. Semoga segala perancangan mudah urusan dan berjalan lancar semuanya. Happy for you ! :D



Thank you reading & happy reading :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...