My Followers

Thursday, September 29, 2011

Coming soon Konvokesyen :)

KONVO KONVO KONVO. Semua yang belajar menantikan saat konvokesyen. Semestinya rasa puas, gembira, sedih bercampur baur perasaan. Yang semestinya perasaan positif lebih terasa kerana kenangan pahit,manis belajar semua habis ditempuhi. :D








Sebenarnya saya da pun menghadiri konvokesyen paling awal dalam hidup sy. Hehehe. Ini masa sy menamatkan pengajian Tingkatan 6 di SMK CLIFFORD. Masa tu dapat anugerah pelajar cemerlang memandangkan dapat 3.50 keatas result STPM. Ini ketika usia 19 tahun la kan.. xegat da. Second picture bersama my BFF, nadiah namlur yg dpt belajar ke UM. Dan sy, Lepas tu sambung belajar di UiTM Kelantan.



Ini topik sebetulnya entry kali ini.. hehehe ;)








Bila tengok gambar di atas ni sudah tentu ye tahu, entry saya kali ini berkaitan konvokesyen. Yang bertanda merah tu nama tuan blog ini. hehe :D Dan tuan blog ini bakal berkonvo Ijazah Pentadbiran Perniagaan Pemasaran tidak lama lagi. Alhamdulillah, Yahoo, Yay, Yeppi. Lepas ni boleh kawin kan mak, abah, abang2 ????? haha :P Saya sudah 23 tahun ma.. hihihi



Bilangan sebenar untuk pelajar kelas pertama ini sampai ke 113.
Sebelum course saya ini ada satu course terlebih dahulu. Jadi bilangan nama pun terus sambung menjadi ke 74. Syukur Alhamdulillah dapat juga saya akan berkonvo dengan First Class ( 3.50 -4.00 CGPA). Cuma xde rezeki saya untuk ANC, Anugerah naib cansellor, memandangkan sem pertama je xdapat dekan, itu pun 0.05 je lagi mata nak dapat dekan. 5 sem seterusnya semuanye dekan.



Tak sabar sabar rasanya nak berkonvo pada bulan 10 tidak lama lagi. Jadi Kepada kawan kawan tahniah akan konvokesyen bakal tiba nanti.



Cepat je masa berlalu, da pun habis belajar universiti. Ini fokus pada career hidup pula :)


Thank you & Happy reading :)



Wednesday, September 21, 2011

Jalan bersama sayangku


Hai.. Assalamualaikum semua. Apa khabar readers semua? Harap baik sahaja okay. Macam nak tulis sebuah karangan je. haha


Minggu lepas, dapat berjumpa ngan kawan baik sekolah dulu, Tp bestfriend lagi sorang alisa mmg susah nak berkumpul reramai ngan kami. Diorang kebetulan balik cuti. Jadi dapat la jumpe sekejap dan pergi kenduri sesame. Takat ni hanya mampu pergi kenduri tgk orang kawin je. Diri sendiri tak tahu la bila ye. hehe ;)




Pic semua ni ditgkap dirumah tok wan ain. Masa ni pak sedara dia kawin. Kami pergi suprise umah tok wan dia ni. Pakai masuk je jalan mana kat kg tu dan plg suka jumpa kubur dulu. hehe @_@"




Tikah, han, wani, saza dan ain. Kawan kawan sy ni semua comey comey belaka. . InsyaAllah tahun depan diorang semua akan mendirikan rumah tangga. Amin. hehehe :) So, ini kawan masa sekolah menengah dulu dan nak berjumpa sekarang ni, time free bila diorang ada balik sini je la. Raya tahun ni pun lambat datang beraya memandangkan masing2 sibuk dgn komitmen sendiri. Sy je free takat ni :D




Thank you reading & happy reading ;)



Sunday, September 18, 2011

ole ole dari bandung, indonesia



Assalamualaikum readers semua. Sudah lama x mengupdate blog ni. Ini disebabkan oleh beberapa faktor yg menyebabkan owner blog ini malas skit nak mengupadate blog. Sori guys. Raya 2011 baru baru ini, kami sekeluarga xdapat berkumpul semuanya memandangkan kak long & abg long beraya di Bandung, Indonesia. Diorang pun raya lambat sehari dari Malaysia. Malaysia menyambut hari raya aidilfitri hari selasa kan, diorang kat indonesia hari rabu. Selamat hari raya semua, even da terlambat nak wish. Sape yg berpuasa enam, selamat berpuasa enam :)


Ini beberapa cenderahati untuk sy dri bandung ;) Mekasih ! cantik semuanya, gelang,cincin, beg kecil, keychain, kain batik dan baju muslimah ;) Macam2 dibeli tapi sy suka sangat buah avocado sbb leh wat untuk cucian muka dan jus :)




Ni gambar abg long & kak long di kawasan kawah putih. Memang permadangan kat sini cantik sangat cume bau asap dia yg xberapa sedap. Klu xsuka bau leh pakai mask tu. Cuz bau tu leh jugak wat kepala pening. ;)







Thank you reading & happy reading :)


Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday # 1






& when i first met you, i never would have imagined that i would have such strong feelings for you, i never would have thought that i would have dreams about you or miss being by your side or get butterflies in my stomach when someone mentions your name when i first met you in ever would've thought that i would love you


Thank you & happy reading :)



Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya :)


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog sy. Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua. Memang bermulanya raya hari tu, xde kesempatan untuk sy update blog. Jadi da habis seminggu raya ni baru ada kesempatan untuk update blog ini. Bagaimana dengan hari raya anda semua?


Didalam entry ini ade beberapa gambar hari raya yg sy kongsi disini. Macam biasa raya pertama la raya yg sy paling tunggu sebab nak pergi menunaikan sembahyang raya. Lepas tu , pergi menziarahi kubur insan tersayang. Dan raya pertama, memag xboleh pergi jejalan, sebab memang rumah sentiasa dikunjungi sahabat handai, saudara mara. Memang letih melayan tetamu, buat air. hehe. Raya pertama mmg da tradisi rumah ini akan membuat hidangan berat nasi dagang + rendang, lemang semestinya.


Memandangkan umur da 23tahun so, ini sahaja duit raya yg mampu diperolehi pada hari raya tahun ni. Tetap berterima kasih pd insan2 yg memberi rezeki duit raya kepada sy ini. :)





Anak anak jiran yg chomeyl dtg beraya :)




Yang ini pulak bestfriends sy, dan kami da berkawan 11tahun berkawan baik. Alisa ni kalau ikutkan xdapat cuti raya, kena kerja. Tapi dia dapat cuti 2 hari je, So tengahari hari raya pertama tu dia bertolak dari kuala lumpur ke pahang dan terus datang ke rumah saya datang beraya. Dapat la jumpe even sekejap dan xdapat nak beraya jejalan sesama. Memandangkan esoknya dia kena balik KL semula bekerja dan berbakti kepada masyarakat, agama dan negara :D





Dibawah ini, sahabat handai sekolah rendah yg sy kebanyakkannya xjumpe hampir 13tahun. Sy sekolah rendah sempat darjah 2 dan 3 sahaja dan sy berpindah. Lepas berpindah mmg sy xberjumpa dan diorang semua. Sangat gembira diorang datang beraya rumah dan pada hari tu jugak kami beraya beramai ramai reaunion. Hampir 12 buah rumah kami pergi beraya. Jumpa sahabat lama. Seronok dan meriah kan :) Ada ramai lg yg xde dlm gmbar ni.




Ini diantara yg dapat dikongsi, kalau nk kongsi semua kejadian mmg banyak sangat kenangan hari raya tahun ini. Kena wat part 1,2,3 ada episod. tapi memandangkan sy xberapa nk rajin kali. Ini lah ringkasan topik raya tahun ni. kekawan yg len leh tgk pic di fb saya. Anda bagaimana? Harap hari raya anda sangat meriah dan bergembira hendaknya.


Sebelum itu, sy ingin mengucapkan terima kasih kpd yg wish raya xkira thru wallpost, comment, chatin & sms. Terima kasih yg dtg beraya ke rumah. Terima kasih yg memberiku rezeki duit raya. Kepada yang mula bertugas, selamat bekerja kembali. Moga perjalanan balik akan selamat samapai. Amin :)


Thank you reading & happy reading :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...