My Followers

Tuesday, July 26, 2011

7 perkara bukti LELAKI itu RUMIT


Berdasarkan tajuk diatas menunjukkan entry blog sy pd kali ini adalah berkaitan tentang LELAKI. Rumitkah kaum lelaki?? so, ini adalah artikel sy ambil dari majalah remaja. Enjoy reading guys :D


1) Jika kamu melayannya dengan baik. so dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak kamu akan dianggap sombong olehnya. Situasi ini selalu terjadi dalam persahabatan.


2) Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu mahu menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan. Sudah menjadi naluri seorang gadis menjaga penampilan dirinya. Jadi tidak salah seorang gadis berpakaian cantik intuk menjaga penampilan dirinya.


3) Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam, dia kata kamu tiada IQ yang tinggi. Perkara ini selalu terjadi bila kedua dua nya mempunyai sifat ego yg tinggi. Namun, kebiasaannya lelaki itu lebih gemar mendiamkan diri.


4) Jika kamu menceritakan masalah kamu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia menuduh seorang gadis itu tidak mempercayainya.


5) Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti pengasuh. Jika dia cerewet kepada kamu,itu kerana dia mengambil berat. Sebagai seorang gadis, memang sudah ada naluri sebagai seorang ibu.


6) Jika kamu mungkir janji kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia ingkar janji, dia melakukannya kerana terpaksa. Mungkin hanyalah satu alasan dan kerana mungkin sifat wanita yg juga sukar untuk menerima alasan dari si jejaka.


7) Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia menyakiti kamu, kerana terlalu mengambil berat terhadap kamu.Ya. seorang lelaki tidak perlulah menampakkan sensitif. Kamu perlu tampak hebat dan kental di hadapan gadis.



Namun pendapat saya, tidak semuanya ye LELAKI adalah bersifat sebegitu. Kerana ini adalah kejadian yg berlaku secara semulajadi tanpa disedari oleh sesetengah kebanyakan lelaki. Namun, jika lelaki tersebut melakukan perkara tersebut, kebanyakkan lelaki mungkin tidak perasan akan tabiat mereka itu. Peace :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...