My Followers

Thursday, June 30, 2011

Hang out with my darling :)


Kawan baik sy ada balik dr KL cuti 1 week. Kami amik mase 1 hari tuk hang out together. Lama xjumpa kan. Anak didik kesayangan, adik wani aleya nk ikut kak hani ni pergi jejalan. Disebabkan sikap penyayang dan hati ibu ( hahaha :P) xsampai hati xbawak budak kecik sorg ni. Bawak la sekali jejalan.


Macam bese da jumpa member baik dari huruf A sampai Z double double bercerita xhabis2 tentang kehidupan masing2. Dulu masa sekolah, tiap hari g sekolah bercerita xhabis2, skang ni da lama xbercerita letih mulut nonstop berborak. Rindu & sayang ko lebih Alisa ehehe :P Thank you syg belanja ak time tuh.


Sambil2 tu bawak adik kesayangan ni anak jiran sy. Tp mak sy yg asuh dari baby lg. Sy pun rasa cam adik sendiri plus sy pun xde adik. hehe. Pape yg budak kecik ni nak semua sy bg. haha, manjakan budak sudah. Jejalan tu, jumpe baju comeyy beli la tuk dia ni. Pastu bawak adik wani ni pergi taman. Biar dia main suka sangat pergi taman.









Sempat lg update di facebook :D



Wednesday, June 29, 2011

My dear, I love u :)

Entry ini untuk my dear yg sy sayangi. Dia merupakan kawan yang sangat baik dan sabar melayan karenah sy. Nama empunya Safirah Ramli. Datang dari Utara, Kedah mai. Orangnya sederhana comey dan semestinya baik hati dan sangat SABAR. Kerana dia ini juga, sy menjadi sabar melayan pelbagai ragam manusia yang sangat memualkan dan menyakitkan pandangan hati dan mata. Perghhh!!! hahaha. Tapi fira ni relax je, cool je, mebuatkan sy pun relax je, cool je, buat xde pape berlaku kalau ada masalah.


Hehe, so fira bukan hanya ada bersama sy waktu susah tp waktu senang sudah tentu. Disebabkan fira ni seorang yg cool, relax je. Kalau ada berita yg happy dia pun cool je, relax je. Kalau nampak excited pun kejap je. Hahaha. Sal tu dia merendah diri. Dan sy suka berkawan ngan fira. Fira ini merupakan kawan baik universiti sy. Kalau kemana mana selalu together gether. Kalau xde xbest ase sunyi. Sekarang duk jauh pun xbest ase, nk cite pape pun susah bukan face to face da. Anyway dear. Take care urself dimana pun hang berada. Ingat ak selalu dan smoga hang berbahagia dan sihat saje kat sana. I love u :)




Gambar ni da lama sangat, masa 2 tahun lalu ketika kami sama sama sem1. Gambar ini kami amik meggunakan webcam laptop fira di UiTM Machang. Waktu ni, kami tengah buat study sesama di blok pentadbiran xsilap untuk exam akhir sem1. Waktu ni jugak la ada kenangan lain-lain muncul. hehe. Wahh, seronok..!!


Sunday, June 26, 2011

Bila Han Terluang_^^

Hari ini saya free. Bukan tiap tiap hari ke free? Haha. Hari ini free la dari buat kerja rumah, apa- apa sahaja dari membuat sebarang kerja. Bila sudah free teringat blog ini. So bukak blog update sikit. Semalam xbukak facebook memandangkan ada kerja, buka kejap je. Awe alni ada online saya pulak xonline xdpt nk berchatting. ngee~


Hari ini da masuk 27 Jun 2011. Baru sekarang nak mohon SPA memandangkan JPA da bagi surat beberapa minggu lepas suh menunjukkan bukti sudah buat permohonan kerja. Saya ni suka buat kerja last minutes, baru la nk settle mohon. Tu pun tak hantar lagi. Nak settle pun tergendala lagi memandangkan mini transkrip tak de pulak pautan nak bukak dan print. Kena print dekat hea yg duk kat Kelantan tu. Bila nak pergi sana camtuh.


Result sem terakhir saya pun. Syukur alhamdulillah, dapat A, GPA 4 flat dan lulus praktikal. Ni kali kedua dapat 4 flat. Keseluruhan CGPA blaja 3.**, InsyaAllah dapat graduate 1st class nanti. Dapat banyak tu pun saya bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Tapi bagi saya, pointer berapa pun dapat saya akan sentiasa bersyukur sebab sekurangnya saya sudah berjaya menamatkan pembelajaran ijazah saya tepat pada waktu yang ada. Kalau dapat pointer tinggi dan sebagainya itu adalah bonus untuk kita. :)


Takat ini je la coretan free saya pada hari ini. Sekali sekala tulis benda benda kosong pun okay jugak. hehe. Member baik ada balik dari KL. Dapat jumpa alisa minggu ini. Sonok sangat sudah lama tak jumpa. Awe suda lama tak jumpa, camne agaknya awe skang. Kerja leklok kat sana. Jaga pejabat leklok disana. ;)





Sepanjang ulang alik seorang diri Kelantan dan Pahang sepanjang blaja 3tahun naik keretapi. Dapat 2 org ni kawan yg menemani saya balik suatu ketika Sofia & Antonio Lamas. Mereka husband&wife yang sporting from Portugal. Dan sampai sekarang masih kontek di facebook.

Friday, June 24, 2011

Nature Cameron Higlands

Ini adalah antara koleksi terlampau han. Tapi xterlampau yg entry lelain. Yang ini sy pergi sebelum or masa saya praktikal dulu. Saya pun xberapa nak ingat ^^. Cameron Highlands ni saya pergi bersama keluarga dan juga dengan Pak Itam sekeluarga. Kebetulan time tu Pak Itam nak balik Perak, Pak Itam ni mmg balik Perak ikut Cameron Highlands.

So, kami sekeluarga da lama xpergi jejalan. Tahun ni mmg xde pergi mana2 lgi. Kalau sebelum ni byk da pergi sana sini. Tiap tahun g jejalan. Kebetulan, Cameron Highlands dari rumah sy 1 jam setengah je nk sampai. Dekat kan.

So, kalau pergi mana2 kat sini mmg xsah kalau x pergi kat kawasan teh Cameron Highlands. Cameron kan terkenal dengan ladang teh yg berkualiti ini. Kepada xpernah datang cni, jom dtg reramai pasti puas hati ;)








Wednesday, June 22, 2011

Jalan-jalan seharian bersama org tersyg :)


Baru baru ni pegi jejalan ngan orang tersayang. Best sangat pergi jejalan ase xmo balik da. Tapi bukan jalan ngan orang tersayang tuuttttt aka My Mr Al. hehe. Ada rezeki pasti boley jumpa lg. kita sama sama sabar dess, smile :) ngee.


Tapi ngan 2 orang abg tersayang ngan seorang wanita yg bakal menjadi salah seorang ahli dalam keluarga sy atau pangkat kakak ipar tidak lama lagi. hehe. Pergi jejalan around kl, mcm2 pergi menyinggah ke tempat SOGO, ke Mid Valley, ke Hartamas ke One utama, ke KLCC dan lg ke dataran merdeka seterusnya lg lg dan lg. Mase kat 1 utama terserempak ngan LAH kumpulan VE bersama dgn isteri dan anknya. Masa kat KLCC terserempak dengan Kudsia Kahar dan Ziana Zain. Yang pasti akak Ziana Zain mmg cantekk.


Ni lg makan kat chicken rice kat 1 utama. So gmbar kat bawah ni gmbar abg tersayang yg bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lg. ouch sedey sedey xleh nk main2 guro2 da pasni. hehe



Ini bersama tunang tersayang. Kak nor ;)






Yg seorg ni xyah kenalkan la sape lg klu x si penulis blog ni. Pasan x, xde sesape pun sebelah sy ni. Sian makan duk sorg2 xde sape teman. haha. Abg yus sy xde msa makan ni memandangkan abg yus kembali ke college sebentar ada meeting skit.


Friday, June 17, 2011

Main Kayu Tiga, 3 !




Ini bukan lah tentang kita yg senang main kayu ada 3 biji semuanya. Tetapi ini tentang seseorg yg bermain kayu tiga, baik lelaki mahupun wanita itu sendiri. Apa pendapat anda wanita main kayu tiga???!! Bukan laki tp wanita. Apa sepatutnya wanita yg dijadikan lembut sempurna mempunyai perangai seperti itu? Wallahualam.. sedih bila memikirkannya. Tetapi, begitu juga dengan lelaki yg bermain dengan wanita lain. Dan sy juga mempunyai byk teman merasa kedua dua keadaan ini, baik laki dan juga wanita yg melakukan perkara ini.



Dan paling sedih apabila.. seseorg wanita itu sudah bermain kayu tiga, tetapi memanipulasi keadaan fitnah mengatakan lelaki si dia yg bermain kayu tiga. Dia merasa dia la mangsa segala galanya, tidak boleh hidup bagai tetapi pada hakikatnya dia yg memulakan dulu untuk bemesra dengan lelaki lain. Apa pendapat kalian? Apa seseorg itu tidak memikirkan perasaan orang lain sehingga sanggup memanipulasi keadaan. Apakah kerana marah,seseorg itu tidak mampu mengawal perasaan. Ingat la, jodoh pertemuan itu adalah kerja Allah s.w.t. Kita hanya manusia yg hanya boleh merancang apa adanya.



Pergh rasanya inilah dlm blog sy yg megupas isu hangat. (hangat ke??) haha, untuk information entry kali ini. Disni sy ingin share, pada semua tentang Tanda Si Dia Bermain Kayu Tiga, bak lelaki mahupun perempuan.





Tiada orang yang sanggup mengaku bahawa dia bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:


Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.
Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda. Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.


Berubah menjadi terlalu setia dan romantik
Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang je! las dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.


Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.


Berubah penampilan dan pendapat
Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.


Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

Tuesday, June 14, 2011

Kerna itu sy sayang dia ** wink wink ^-^


Bukak je blog ni, terasa nak mengupdate blog tentang si dia. So, kebetulan ari kamis ni kami da pun berkawan selama 2 tahun 5 bulan. (Berkawan?!!, acecece..malu la plak, haha) Pepaham la kan. huehuehue~~

Walau camna pun hubungan ni, sy amat berharap akan segera ke alam seterusnya iaitu alam perkahwinan. Amin ya rabbal alamin. Cuma untuk masa ini masing masing baru habis blaja, perlu mencari career terlebih dahulu dan mencari uwang sendiri. :))



Tapi misalnya ada rezeki awal, kami terbuka hati menerimanya. Kerna itu semua adalah izinnya datang dari Allah s.w.t. Walau apapun, kami lebih kepada berserah sahaja kepada Tuhan yang Maha Esa dalam menentukan kehidupan kami kerna Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Kami perlu berdoa untuk itu.






Sy sayang dia, kerna dia melayan sy dengan ikhlas tanpa berpura pura. Dia selalu ingin sy tahu dia buat semua itu kerana dia sendiri ingin melakukannya. Dan sy merasakan semua itu. Dia sentiasa sabar melayan karenah sy. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna dia jujur dengan sy. Dia selalu beritahu sy apa yg dia buat, pergi ke mana mana tanpa perlu untuk sy bertanya. Sy tidak taye, kerana sy percaya terhadap dia. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna dia selalu sentiasa bersama sy ketika sy susah. Walaupun dia jauh dgn sy, dia selalu menolong sy pelbagai cara utk membantu sy. Even kdg itu boleh menyusahkan diri dia pula. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia kerna dia BERUSAHA KENALI KELUARGA SY. Paling sy terharu pabila, dia sanggup drive kereta seorg diri dari Qlate ke Phg untuk berjumpa ahli keluarga sy. Dan sy mmg nampak kesungguhan diri dia. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna dia selalu MENASIHATI sy. Dia ingin sy menjadi wanita yg baik, punyai akhlak yg baik dan pandai mengawal perasaan marah,sedih sy terhadap orang lain. Kerna itu, walaupun ada sesetgh org buat sy marah,buat sy terasa hati. Sy mmg marah dan sedih. Tp dia selalu nasihat sy, bahawa Allah sgt suka org yg SABAR. Jadi sabarlah dgn org org sebegitu. Kalau kita marah balik, kita adalah sama seperti org itu jgk. Sy kini bertambah penyabar dengan dugaan yg ada. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna sy selalu suruh dia REPLY MSG,O MSG dan berKONTEK dengan KAWAN KAWAN PEREMPUAN DIA, sy mahu dia buat apa yg dia suka. Tapi dia selalu xnk, dan selalu cakap "awe nak msg & tumpu dengan hani sorang je " Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna bila sy puji wanita ini sangat cantik. Dia selalu cakap ala pakai bedak tebal. Xcantik la, padahal sy tahu dlm hati dia, dia mengiyakan kata sy bhw perempuan ini cantik. Tp dia selalu cakap " TAK CANTIK, CANTIK HANI LG" . Dan sy mmg merasa amat lucu dan sy akn ketawa. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna dia selalu ingat tarikh2 penting kami berdua. Kerna sy seorg agak pelupa( Malu :PP tp sy ngaku ). Dan dia selalu mengingatkan sy TANPA RASA MARAH @ KESAL dgn pelupaan sy ini. Dan sy mnjdi berusaha untuk mengingat tarikh tarikh penting kami. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna dia selalu tanya sy da SIAP SOLAT TAK, MENGAJI TAK ARINI, ADA BACA SURAH2 TERTENTU TAK HARI NI. Kerna itu sy selalu solat awal waktu sebelum dia nasihat pergi solat. Dan sy sgt senang melakukannya kerana ALLAH s.w.t. Kerna itu sy sayang dia.


Sy sayang dia, kerna Allah s.w.t telah pun memberikan perasaan anugerah ini kepada sy untuk merasa sayang dia melebihi sayang sy pada manusia lain. Tapi yg penting sy sayang pada dia, TIDAK MELEBIHI sy sayang pada ALLAH s.w.t dan Rasul. Kerna itu sy sayang dia.


Yes,its true.. sy sayang dia. Dan Sy tahu dia juga sayang sy. :)


Monday, June 13, 2011

Photoshoot?! **ngee

Kejadian ini terjadi pada awal bulan jun ni dimana, abg pg sy tetiba ajak g tangkap gambar. Kawan dia jadi photographer. Mula-mula xmo la pegi nak wat ape kan.. hehe. Pastu tgk gmbar2 hasil tangkapan kawan2 abg sy ni cantik. Suka sy tgk. Abg pg pun ckp free of charge je, xperlu bayar jum pegi okay. So, tuk saje2. okay la. *testing skit kan..

So, esoknya pergi bersama abg pg. Tapi pegi lain-lain keta. Abg pg drive keta dia la. Sy drive keta lain. Hehe. Kebetulan, hari tu jugak kazen sy ada kawin kat Raub. So, sy da pergi hari sebelumnya kenduri kazen sy. Yg hari seterus ni menyambut menantu sy xpergi. Plus, ada janji temu dating with my darling bestfriend, Alisa. bape tahun sudah xjumpe. Pasal tu drive keta lain-lain cuz abg sy pergi kenduri sekeluarga. Tinggal la sy keseorangan dirumah, nasib bek ada dating ni.

Masa photoshoot malu giler. Ada 3 org kut photographer member abg sy ni. Posing pun kena arah cam xtahu lgsung duk depan camera. Kalau posing guna hp camera biasalah ;PP

So, wlaupun sy posing xikut lgsg kehendak photographer nasib bek la gmbar yg terhasil xteruk mane dimana photographer ni pandai wat gmbar tu cantik..hehe ;)

So, inilah antara hasilnya. Sy suka gmbar ini. Ada 2 keping je upload yg sy suka. Thank you to all photographer, Kumprinx Amin, Ismail Othman & the other 1 photographer. Gambar bawah ni credit to Kumprinx Amin. Good job then ;)




Thursday, June 2, 2011

Sunshine Smile Contest



Entry kali saya kali ini, khas untuk contest " Sunshine Smile Contest ".

Disebabkan banyak waktu terluang , so saya pun masuk la contest ni yg nampak sonok nak masuk. Saya xmengharapkan kemenangan memandangkan peserta contest ini terlalu ramai dan cantik cantik semuanya. Kalau ade rezeki menang. ALHAMDULILLAH.. :)



Diatas ini adalah tuan kepada contest ini iaitu Ashraf Jalil


1st step semstinya saya sudah follow kedua blogspot ini :-


Dan saya mentagkan kepada 3 rakan saya blogger saya :-




Dan ini gambar saya pertaruhkan untuk contest ini :-





Sebab saya pertaruhkan gambar diatas ini adalah kerana ini adalah satu satunya gambar ketawa besar oleh saya dan menampakkan barisan gigi saya. Kebanyakkan KOLEKSI gambar saya hanya senyuman nipis yg tidak menampakkan gigi saya kerana saya lebih suka begitu. Tapi gambar ini satu satunya gambar saya memang sangat gembira time tu sampai muka saya jadi macam tu ketawanya.




Wednesday, June 1, 2011

Saya nak makan chicken chop. Fullstop



Da lama rase tak makan chicken chop. Dulu chicken chop mahal lebih kurang rm10.00 satu hidangan. Tapi sekarang ni rm5.00 pun ada. Murah tapi ayam tetap besar sama saiz ngan rm10.00 tu. Sedap pun lebih kurang je.

Yang ini saya makan rm6.00. Tapi ni masa saya belajar dulu. Rasanya masa pergi kb hari tu da tukar da kedai ni kat tempat lain. Tapi memang puas hati la.







Yang ni Rm6.00 pun ade roti lagi, yang rm10.00 penah saya makan harap ayam ngan french fries je. Pinggan pun sama saiz ngan member saya je.haha. So pandai pandai la cari kedai yang macam ni. hehe, tata :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...