My Followers

Friday, May 20, 2011

9 Ciri Pasangan Yang Terbaik



Sudah lama sy xupdate my blog,entry untuk bulan May ni pun baru masuk bilangan ketiga. Sorry for my blog readers :) Btw, today sedang sy duk membaca buku Remaja yg lama2, sy nak share sedikit information about ciri pasangan terbaik.

Information ni bukan untuk tatapan pasangan remaja sekarang sahaja.. tapi khusus untuk pasangan yg bakal mendirikan rumah tangga, tunangan orang dan juga kepada yang sudah mendirikan masjid :)





Jom kita semak ada @ tidak ciri - ciri berikut pada si dia & juga kita ;)



1) Mencurahkan sepenuhnya kasih sayang
Setiap hari si dia tidak pernah upa untuk tunjukkan kasih sayangnya padamu dan tidak malu untuk menunjukkan pada semua orang betapa dia mencintaimu. Kerna kasih sayang tidak pernah ada hadnya.

2)Memahami
Si dia sentiasa memahami keadaanmu dan tidak pernah mendesakmu melakukan apa yang diharapkan. Kamu dan si dia datang dari pola asuhan yg berbeza, oleh itu pasti akan ada prcanggahan pendapat atau perbezaan cara hidup. Inilah pentingnya sikap tolak ansur. Hari ini si dia menerima cara kamu dan esok kamu pela menerima caranya.

3) Menerima kamu seadanya
Biar bagaimana pun rupa atau bentuk fizikal kamu si dia sentiasa menerima kamu seadanya. Tidak pernah sekalipun si dia merungut atau memaksa kamu untuk tampil seperti orang lain. Baginya kamu terlalu sempurna di matanya.

4) Melindungimu
Biarpun nyawanya dalam bahaya, namun si dia sanggup mengharunginya demi untuk melindungimu. Boleh dikatakan si dia sanggup mati untuk kamu.

5) Menceriakan hidupmu
Si dia sentiasa berusaha menceriakan hidupmu. Apa yang kamu suka dan inginkan akan cuba diadakan walaupun ada kalanya si dia terpaksa berkorban melupakan apa yang diinginkan semata mata mahu menyempurnakan impianmu.

6) Menambat hati orang tuamu
Si dia tahu memilikmu bererti si dia akan mengambilmu dari orang tuamu. Si dia sanggup tepis segala ego ataupun lakukan apa sahaja untuk mengambil hati orang tuamu agar mereka menerimanya dan secara langsung mengambilmu dengan izin mereka.

7)Membuat kejutan
Si dia tidak jemu membuat kejutan -kejutan yang mampu mengembirakan hatimu terutama pada hari hari pentingmu. Setiap yang dilakukannya adalah untuk kamu sentiasa meninggalkan kenangan manis dalam hidupmu.

8) Melalui kesusahan bersama
Tidak pernah sekalipun si dia meninggalkan kamu saat kamu dalam kesusahan malah si dia sentiasa membantumu biarpun ada ketikanya si dia juga dalam kesusahan.

9) Mendoakan kebahagianmu
Si dia sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraanmu. Si dia sanggup berkorban apa sahaja untukmu demi melihat kamu bahagia.

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...