My Followers

Sunday, December 26, 2010

25 dec - 26 dec 2010

KURSUS PERKAHWINAN ISLAM MODUL BERSEPADU PERINGKAT DAERAH LIPIS BIL. 14/2010

Waktu cuti ni saya pergi kursus kahwin bersama sama dengan 2 lagi abg sy.. Kursus kahwin ni memang padat dan agak meletihkan sy sebab pada hari sabtu dan ahad ini jugk, sy mengalami demam dan tidak sihat badan.. Tapi disebabkan sy sudah membuat pendaftaran dan pembayaran sy pergi jugak untuk menghabiskan kursus ini.. Kursus ini dihadiri seramai 89 orang dari pelbagai daerah dan merupakan kursus kahwin terakhir bagi tahun 2010. Dan kini sy sudah pun mendapat sijil kursus kahwin yang mempunyai tempoh masa selama lamanya..

Sy ingin berkongsi sedikit aktiviti-aktiviti yang diadakan terutamanya ceramah-ceramah yg mempunyai pelbagai tajuk dalam hidup berkeluarga.. Dalam kursus ini jugak kami mendapat buku bertajuk " Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua "

Pada hari pertama, hari sabtu kami telah diberikan ceramah sebanyak 6 kali iaitu bertajuk :

1) Pengurusan Kesihatan oleh Dr. Rahimi bt Hassan
2) Fekah oleh Ustaz Mohd Yusri
3) Aqidah oleh Ustaz Azli
4) Akhlak oleh Ustaz Mohd Yusri
5) Hubungan Dalam Keluarga oleh Haji Mustafa
6) Pengurusan Kewangan dan Masa oleh Ustaz Akmal

Pada hari Kedua, hari ahad kami juga diberikan ceramah sebanyak 6 kali iaitu bertajuk :

1) Perkahwinan Dan Prosedur oleh Qadhi Daerah
2) Talaq, Fasah dan Prosedur Penceraian oleh Qadhi Daerah
3) Komunikasi Suami Isteri oleh Haji Dahili
4) Pengurusan Konflik oleh Ustazah Asnah
5) Pengurusan Tekanan oleh Haji Dahili
6)Perkhidmatan Kaunseling oleh Ustaz Asnah

Dan akhir sekali, kami menjalani ujian semakan..iaitu menjawab soalan.. Selepas itu, penyampaian sijil kursus dan minum petang sebelum bersurai..
I LOVE ISLAM :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...